Friday, March 5, 2010

Perkhidmatan ISH PROPERTIES

Perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti berikut ;

1) PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN HARTANAH

a)Pengurusan Bangunan seperti membersihkan dan memelihara bangunan, termasuklah melakukan penyenggaraan serta baikpulih bangunan, kompenan mekanikal dan elektrikal, harta bersama dan harta awam, juga memastikan kawalan keselamatan yang optimum sejajar dengan kehendak pemilik unit-unit harta berkaitan.

b)Pengurusan Penyewaan seperti menjalankan promosi dan memasarkan unit sewaan, mencadangkan kadar sewa yang berpatutan, menjalankan proses sewaan dan bil utiliti serta mendengar masalah dan rungutan para penyewa.


2) AGENSI HARTANAH

Sebagai ejen hartanah meliputi menguruskan pembelian, penjualan dan penyewaan hartanah. Perkhidmatan termasuklah :

a) Mencadangkan harga jual berdasarkan pasaran semasa ataupun kadar sewa berpatutan.

b) Memasarkan harta tersebut.

c) Melaksanakan sebarang keperluan perundangan dan yang berkaitan


3) PENGURUSAN PROJEK

Menguruskan dan menyelaras projek pembangunan perumahan, industri, komersil dan pembangunan bercampur. Perkhidmatan meliputi :

a) Melaksana dan membantu segala hal yang berkaitan ukur periksa, menyelidik, menganalisa dan merancang butir-butir mengenai hartanah bagi bertujuan melaksanakan projek-projek hartanah.

b) Melaksana dan membantu membuat pemantauan dan pengesahan kerja bagi projek-projek dalam pembangunan sehingga penyerahan bangunan oleh kontraktor.

c) Melaksana urusan kerja berhubung lantikan perunding dan pengurus projek.

Pengenalan Firma


ISH PROPERTIES ialah sebuah firma Perunding Hartanah yang ditubuhkan untuk menjalankan pengurusan hartanah serta memberikan khidmat perunding hartanah. Fokus utama firma ini ialah untuk menawarkan khidmat pengurusan professional di dalam pengurusan, perunding harta juga ejen hartanah.

Firma ini juga dikukuhkan lagi oleh kumpulan tenaga professional yang mahir dan juga berpengalaman di bidang masing-masing bagi menjanjikan satu perkhidmatan yang lengkap dan professional.